Thursday 4 September 2014

Salam Perkenalan

Teks : Hamizah Hamzah 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam perkenalan dari saya, Hamizah Hamzah.

Saya dilahirkan pada 7hb April 1971 di Jementah, Segamat, Johor dan merupakan anak sulong kepada 3 beradik kepada pasangan Hj Hamzah Ahmad dan Hajjah Saikam Md Surat. Saya mendapat pendidikan awal dari darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar, Muar dan seterusnya selepas itu saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA Muar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima.. Selepas menerima keputusan SPM saya menyambung pengajian di Institut Teknologi MARA di Jalan Othman Petaling Jaya dalam jurusan Diploma in Executive Secretaryship. 

Saya telah bertemu jodoh dengan orang Muar juga, Encik Murad bin Mohamed pada 5hb November 1993. Alhamdulillah kami telah dikurniakan 4 orang anak yang sedang meningkat dewasa, 2 puteri dan 2 putera dan sekarang kami sekeluarga menetap di Bukit Sentosa Rawang, Selangor.

Buat masa ni saya masih lagi bekerja tetap sebagai seorang Setiausaha Eksekutif dan dalam masa yang sama juga saya ada mempunyai sebuah kedai dobi yang telah saya buka ketika umur saya genap 40 tahun. Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat atas segala rezeki yang telah Allah berikan pada saya dan keluarga.

Rasanya bila kita sudah memasuki umur 40-an ni, pengalaman hidup tu agak banyak lah jugak kan. Pengalaman bekerja, pengalaman rumahtangga, pengalaman membesarkan anak-anak dan macam-macam pengalaman lagi.

Jadi salah satu tujuan saya mendaftarkan diri dalam Kelas Asas Blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan, hobi dan juga kemahiran yang saya ada serta bertukar-tukar buah fikiran dan ilmu dengan rakan-rakan yang lain.  

InsyaAllah saya akan sentiasa menulis cerita-cerita yang memberi manfaat kepada kita semua dalam entri yang akan datang.

Wassalam. 

Displaying IMG-20140728-WA0005.jpg

No comments :

Post a Comment