Tuesday 23 September 2014

Surah As-Sajdah

Teks : Hamizah Hamzah

SURAH AS-SAJDAH
Terlebih dahulu ingin saya maklumkan bahawa intisari artikel berikut telah saya petik dari buku yang telah diterbitkan oleh Pusat Pungutan Zakat Terbitan Eksklusif Siri Ke-2. Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua dalam meningkatkan taraf kerohanian sebagai hamba Allah yang mengabdikan diri kepada Nya. InsyaAllah.

Pengenalan Surah
Surah As-Sajdah merupakan surah yang diturunkan sebelum hijrah atau dikenali sebagai surah Makkiah. Kesemua ayatnya adalah Makkiah kecuali tiga ayat yang diturunkan di Madinah iaitu ayat 18 hingga 20. Jumlah ayatnya sebanyak 30. Ada juga pendapat yang mengatakan jumlah ayatnya sebanyak 29. Surah ini dinamakan As-Sajdah kerana di dalamnya Allah menyebutkan tentang sifat orang mukmin yang sempurna apabila disebutkan ayat-ayat Allah kepada mereka maka mereka akan tersungkur sujud kepada Allah SWT.

Al-Alusi dalam memberikan kata pengantar terhadap surah ini dalam kitab Al-Itqan menyebutkan surah ini juga dinamakan Al-Madhaji’ (tempat pembaringan). Dalam kitab Majma Al-Bayan mengatakan selain dinamakn surah As-Sajdah, ia juga dinamakan Sajdah Luqman. Penamaan Sajdah Luqman supaya tidak timbul kekeliruan dengan surah Haamim Al-Sajdah.

Fadilat Surah
Dalam sebuah hadith yang sahih bersumber daripada Ibn Abbas menyebutkan :
‘Nabi SAW membaca surah As-Sajdah pada solat Subuh hari Jumaat dan surah Al-Insan’.

Dalam Musnad Al-Darimi beliau mengeluarkan sebuah hadith yang bersumberkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya :
‘Adalah Nabi SAW tidak tidur melainkan setelah terlebih dahulu membaca surah Al-Sajdah dan surah Al-Mulk’

Al-Darimi juga menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya
‘Bacalah surah Al-Munjiah iaitu Alif Lam Mim Tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seroang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata : Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman : Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat’.


Wassalam.

Friday 19 September 2014

Borang Pesanan

Bagi membuat pembayaran: Sila bank-in ke akaun berikut: Maybank : 1140 9318 9288 (Hamizah Hamzah) atau Cimb : Sila masukkan email : pnhamizahhamzah@gmail.com ke dalam emel third party semasa anda membuat transaksi online. Terima kasih. Selepas itu sila isi borang di bawah:
Name:
Email Address:
Telephone Number
Alamat Untuk Penghantaran
Cara pembayaran (payment method): Maybank
CIMB
Pembayaran/pembelian adalah untuk: Yuran Kelas
Tempahan Blog
Ebook
Buku
Pakej Iklan
Keterangan tentang produk:

This form powered by Freedback

Tuesday 9 September 2014

Kelas Buat Roti

Teks : Hamizah Hamzah

Pada 26hb Ogos 2014 yang lalu, saya mengambil cuti tahunan semata-mata untuk menghadiri Kelas Roti secara ‘one-to-one’ dengan Chef Wan Rusyaini di Taman Industri Bolton, Gombak (sila klik http://rusyainifrozenfood.blogspot.com/  

Kelas bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pukul 1.30 petang.  Saya memang tidak ada ilmu asas dalam pembuatan roti. Chef Wan telah menunjukkan cara-cara pembuatan dari mula membacuh doh sehingga terhasilnya 10 jenis roti


Antara jenis-jenis roti yang saya belajar – cheese bun, chicken floss, garlic bun, milk bun, Mexican bun (roti boy), red beans, mini pizza, raisin bun, sosej roll dan toasted coconut bun. Mmmm… sedapnya makan panas-panas

Terima kasih banyak-banyak kepada Chef Wan atas tunjuk ajar dan rahsia untuk mendapatkan roti yang sedap, lembut dan gebu. Semangat rasanya nak buat roti sendiri dan kalau boleh nak berniaga secara kecil-kecilan…


InsyaAllah lepas ni saya hendak menyertai kelas frozen food pulak 


Gambar saya ada dlm fb Chef Wan… Seronoknya



Thursday 4 September 2014

Salam Perkenalan

Teks : Hamizah Hamzah 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam perkenalan dari saya, Hamizah Hamzah.

Saya dilahirkan pada 7hb April 1971 di Jementah, Segamat, Johor dan merupakan anak sulong kepada 3 beradik kepada pasangan Hj Hamzah Ahmad dan Hajjah Saikam Md Surat. Saya mendapat pendidikan awal dari darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar, Muar dan seterusnya selepas itu saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA Muar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima.. Selepas menerima keputusan SPM saya menyambung pengajian di Institut Teknologi MARA di Jalan Othman Petaling Jaya dalam jurusan Diploma in Executive Secretaryship. 

Saya telah bertemu jodoh dengan orang Muar juga, Encik Murad bin Mohamed pada 5hb November 1993. Alhamdulillah kami telah dikurniakan 4 orang anak yang sedang meningkat dewasa, 2 puteri dan 2 putera dan sekarang kami sekeluarga menetap di Bukit Sentosa Rawang, Selangor.

Buat masa ni saya masih lagi bekerja tetap sebagai seorang Setiausaha Eksekutif dan dalam masa yang sama juga saya ada mempunyai sebuah kedai dobi yang telah saya buka ketika umur saya genap 40 tahun. Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat atas segala rezeki yang telah Allah berikan pada saya dan keluarga.

Rasanya bila kita sudah memasuki umur 40-an ni, pengalaman hidup tu agak banyak lah jugak kan. Pengalaman bekerja, pengalaman rumahtangga, pengalaman membesarkan anak-anak dan macam-macam pengalaman lagi.

Jadi salah satu tujuan saya mendaftarkan diri dalam Kelas Asas Blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan, hobi dan juga kemahiran yang saya ada serta bertukar-tukar buah fikiran dan ilmu dengan rakan-rakan yang lain.  

InsyaAllah saya akan sentiasa menulis cerita-cerita yang memberi manfaat kepada kita semua dalam entri yang akan datang.

Wassalam. 

Displaying IMG-20140728-WA0005.jpg